Jenis - Jenis solat sunat

Antara jenis - jenis solat sunat yang dilakukan adalah seperti :-






  • Solat Rawatib
  • Solat Dhuha
  • Solat Awabin
  • Solat Tahajjud
  • Solat Witir
  • Solat Tahyatul Masjid
  • Solat Terawih
  • Solat Hari Raya
  • Solat Hajat

sebutan huruf hijaiayah

خ
ح
ج
ث
ت
ب
ا
kho
ha
jim
tsa
ta
ba
alif
ص
ش
س
ز
ر
ذ
د
shod
syin
sin
zay
ro
dzal
dal
ق
ف
غ
ع
ظ
ط
ض
qof
fa
ghoin
‘ain
zho
tho
dhod
لا
ه
و
ن
م
ل
ك
lam-alif
Hha
wau
nun
mim
 
lam
kaf
     
ي
ء
          
ya
hamzah


ADVERTISEMENT

JoM SoLaT sUnAt aNaK - aNaK !!!



  • Setiap hari, setiap muslim wajib mengerjakan solat lima waktu. Solat adalah tiang agama Islam. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis rasulullah maksudnya :



" Asas urusan ialah Islam, tiangnya adalah solat dan puncanya adalah berjihad di jalan Allah "



  • Sebagai tiang agama, solat adalah amalan yang sangat penting. Ia adalah amalan yang mula-mula akan dihisab. 

Selain daripada solat fardu, terdapat juga solat-solat sunat. Ha... apakah itu solat sunat !!!!! jom



  • Solat sunat ialah solat yang disunatkan kepada kaum muslimin untuk mengerjakannya, kalau kita mengerjakannya, kita mendapat pahala dan kalau kita tidak mengerjakannya, kita tidak mendapat dosa. 

Solat sunat tidak banyak dan ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu sunat muakkad dan sunat bukan muakkad. Apakah perbezaan diantara keduanya??? 


Solat sunat muakkad ialah solat sunat yang yang sangat dituntut dan ianya juga penting. Rasulullah selalu mengerjakannya, bahkan baginda tidak pernah meninggalkannnya. Solat sunat bukan muakkad pula adalah solat sunat yang tidak terlalu penting..


kEsImPuLaNnYa :


solat sunat ialah solat yang jika dilakukannya, akan mendapat pahala dan jika ditinggalkannya maka tidak pula berdosa.





Kenali Huruf Hijaiyah...




  • Salam, anak-anak murid  ustazah ape kabo?sihat ke?semoga anak-anak murid ustazah sihat walafiat. Dh makan ke belum ni? ari ni ustazah nk ajarkan tentang huruf hijaiyah. Tahu tak ape itu huruj hijaiyah? Ade berapa huruf hijaiyah? Jom kite tgk kt bawah ni senarai huruj hijaiyah.yukk.....




  • Dh bace dan tgk k? Anak - anak murid ustazah nk tgk video menarik x?jom kite tgk sambil  nyanyi sama2 huruf hijaiyah. Ikut ustazah ye...JOm!!!!!






  • Best x nasyid ( Aliff Ba Ta td ) ? harap2 anak - anak ustazah dapat praktikkan di rumah bersama ibu ayah, kakak atau abang..Lepas ni senang la anak-anak ustazah kenal aliff ba ta dengan lebih mudah..dh boleh baca Al-Qur'an  lepas ni..hehe..InsyaAllah...Hebat la anak-anak murid ustazah...^_^

Amalan Pemakanan Sihat Cara Sunnah Rasulullah S.A.W.





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua sihat hendaknya. Sedikit tips-tips amalan pemakanan sihat cara sunnah Rasulullah s.a.w.
1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan, daging atau ayam. Baginda pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah mendapat penyakit. ( Para saintis juga telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion positif manakala dalam makanan laut mempunyai ion negative. Jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur makan akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus menjadi rosak.
2. Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.
3. Jangan makan buah bersama susu atau dalam erti kata lain – Koktel. Namun, para saintis telah menemui bahawa adalah baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan masalah penghadaman. Namun, pengguna perlu memilih jenis susu kultur yang kurang kadar kemasaman kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh mnyebabkan gastrik.
4. Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
5. Rasulullah tidak makan ikan bersama daging atau telur.
6. Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat seperti gandum atau roti.
7. Rasulullah akan tidur sekejap selepas makan tengahari sebelum masuk waktu Zuhur.
8. Rasulullah melarang umatnya untuk meninggalkan MAKAN MALAM. Barangsiapa yang meninggalkan makan malam. Dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah akan meningkat. Makan malam adalah sebelum Maghrib.
9. Elakkan makan makanan darat bercampur makanan laut. Contohnya jika seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu, maka dia tidak digalakkan untuk makan makanan laut seperti udang, ikan atau sotong. Walau bagaimanapun, percampuran makanan ini ( antara makana darat dan makanan laut ) tidaklah dianggap haram cuma ia boleh membahayakan kesihatan.

10. Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk secara perlahan-lahan. Nabi melarang kita untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang sedang diminum.

PeNgEnaLaN....

Salam perkenalan buat semua sahabat2 ku sekalian,

 terlebih dahulu saya berasa gembira saya kerana dapat menghasilkan sebuah blog yang bertujuan untuk mengisi masa lapang dan memenuhinya dengan ilmu yang bermanfaat.Nak tahu tak??? Nama diberi Amirah bt Mazlan.Umur 19 tahun..muda lagi kan...hehe....yang lain jgn jelous...lahir pada 11 februari.cantik kn tarikh saya....saya berasal dr terengganu..saya skrg belajar x jauh pown cuma belajar kt kolej universiti islam antarabangsa selangor..dekat je kan....saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru yang berguna bagi mendidik anak-anak bangsa..semoga cita-cita saya ingin menjadi seorang guru tercapai la...saya sekarang berada pada sem 5.sem last...tahun depan bulan 5 nk praktikal dh insyaAllah..x lama lg tuh....saya kena berusaha lg.banyak lg yang saya perlu belajar sebelum menjejakkan kaki ke sekolah untuk melihat pelbagai telatah pelajar yang pelbagai....doakan saya kawan2 ku...ukhuwwah fillah...^_^